DNS: MCMC anjur sesi libat urus dapat pandangan, cadangan pihak berkepentingan
KUALA LUMPUR – Susulan keputusan untuk tidak meneruskan pelaksanaan pengalihan Domain Name System (DNS) semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini menganjurkan satu program libat urus bersama syarikat-syarikat teknologi bagi membincangkan isu berkaitan.
Menurut MCMC dalam satu kenyataan, sesi libat urus itu bertujuan memberikan gambaran yang lebih jelas dan
membetulkan persepsi masyarakat mengenai isu DNS.
Pada masa sama, katanya, sesi itu juga untuk mendapatkan input dan pandangan daripada pihak berkepentingan termasuk pakar-pakar untuk memastikan pendekatan alternatif dalam menangani isu kandungan memudaratkan.
“Sesi libat urus berkenaan telah dikendalikan oleh Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian MCMC, Datuk Ts. Dr. Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen; Ketua Kaunsel Perundangan MCMC, LS. Leonard; Ketua Bahagian Pengurusan Keselamatan Rangkaian dan Maklumat MCMC, Syed Mokhsien Syed Mansor dan Ketua Bahagian Perkhidmatan Teknologi Responsif dari Cybersecurity Malaysia, Ts. Mohd Zabri Adil Talib, dihadiri oleh wakil-wakil syarikat teknologi serta daripada pihak industri,” katanya di sini hari ini.
Katanya, pada sesi libat urus tersebut, perkara yang dibincangkan melibatkan usaha-usaha oleh MCMC dalam memerangi kandungan memudaratkan menerusi kempen advokasi dan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan.
Dalam pada itu, MCMC akan meneruskan siri libat urus bersama semua pihak berkepentingan untuk memperoleh pandangan, cadangan dan saranan bagi
memastikan objektif Internet yang lebih selamat dapat dicapai bersama.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






