Berita Semasa

Dividen KWSP 5.5 peratus untuk konvensional, shariah 5.4 peratus

SUNGAI BULOH – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan agihan dividen 2023 sebanyak 5.5 peratus bagi simpanan konvensional dan 5.4 peratus bagi simpanan syariah.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, angka tersebut membabitkan agihan sejumlah RM50.3 bilion bagi konvensional manakala RM7.48 bilion untuk syariah.

“Alhamdulillah, KWSP berupaya memberikan hasil dividen yang lebih baik berikutan prestasi berdaya tahan pada tahun 2023, dengan ekuiti memainkan peranan penting dalam memacu prestasi keseluruhan.

“(Secara keseluruhannya) pendapatan pelaburan kasar KWSP tahun lalu adalah berjumlah RM66.99 bilion, berbanding RM51.91 bilion yang dicatatkan tahun sebelumnya.

“Jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) yang direkodkan pada 2023 adalah berjumlah RM1,135.82 bilion iaitu 13.3 peratus lebih tinggi berbanding 2022 yang mencatat hampir RM1,002.67 bilion,” kata Ahmad Badri dalam satu kenyataan, hari ini.

Proses pengkreditan dividen bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah akan selesai hari ini, kata KWSP.

“Sehubungan itu, ahli boleh menyemak akaun mereka melalui i-Akaun atau mendapatkan penyata mereka daripada Terminal Layan Diri (SST) KWSP di seluruh negara,” kata kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button