BERITA SEMASADALAM NEGERI

Wanita, anak lelaki dera pembantu rumah ditahan polis

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dan anak lelakinya ditahan polis selepas disyaki mendera pembantu rumah warga tempatan di Gombak, di sini.

Dalam kenyataan, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, suspek warga tempatan berusia 57 dan 30 tahun itu direman sehingga 11 Disember bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, mangsa yang berusia 22 tahun membuat laporan pada pukul 8.38 malam Sabtu, selepas dapat melarikan diri ke rumah jiran untuk meminta pertolongan.

“Wanita itu stabil dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan luka pada beberapa bahagian badan dan melecur pada lengan.

“Mangsa juga memaklumkan tidak dibayar gaji sepanjang bekerja,” katanya sambil menambah
mangsa yang bekerja di rumah suspek sejak September kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12 dan 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi ASP Ikhwanizam Ismail menerusi talian 019-600 0468 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-6126 2222.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button