Berita Semasa

Depoh lori haram beroperasi di atas tanah persendirian – NGO 

SERDANG – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Skuad Warga Prihatin Taman Lestari Putra (SWPLEP), hari ini mendedahkan kewujudan sebuah depoh lori yang beroperasi secara haram di kawasan perumahan Taman Lestari Putra, Seri Kembangan.

Menerusi satu kenyataan media, SWPLEP memaklumkan bahawa depoh tersebut dipercayai beroperasi tanpa sebarang kebenaran sah daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan berada di atas tanah milik pemaju swasta, Esplanade Park City Sdn Bhd.

Menurut kenyataan itu, lokasi terbabit menempatkan beberapa buah lori treler uzur dan terbiar yang status pemilikannya tidak dapat dikenal pasti sekaligus menimbulkan kebimbangan sama ada ia melibatkan kenderaan curi atau kenderaan yang ditinggalkan.

“Beberapa aduan telah dibuat kepada MBSJ menerusi sistem SISPA sejak 1 Julai 2024 dan dibangkitkan dalam mesyuarat Rukun Tetangga LEP 4 pada 28 Februari 2022. Namun sehingga kini, tiada maklum balas atau tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa tempatan,” kata wakil NGO, Rizal.

SWPLEP turut mendakwa bahawa kawasan depoh berkenaan kini sedang diperluas, walaupun tidak mempunyai kelulusan rasmi, sekali gus menambah kebimbangan penduduk sekitar terhadap keselamatan dan gangguan yang mungkin timbul.

Berikutan itu, NGO berkenaan menjemput wakil media untuk membuat tinjauan dan liputan khas berkenaan isu ini bagi memberi tekanan kepada pihak bertanggungjawab agar mengambil tindakan segera.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button