
Decathlon buka butik ke 19 di 1 Utama
KUALA LUMPUR – Decathlon yang menawarkan pelbagai jenis barangan keperluan sukan, kecergasan, perkhemahan dan aktiviti luar merupakan ‘one stop centre’ pilihan utama rakyat negara ini.
Baru-baru ini, gedung peruncitan dari Perancis itu melebarkan sayap perniagaannya melalui pembukaan cawangan terbaharu di 1 Utama (New Wing), di Bandar Utama di sini.
Pembukaan cawangan yang ke 19 berkeluasan 1,800 meter persegi di tingkat 1 pusat beli-belah itu menawarkan lebih 5,000 produk meliputi 60 jenis sukan.
Perasmian Decathlon 1 Utama pada Sabtu lalu disempurnakan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed disaksikan ahli pengurusan tertinggi syarikat itu.
Turut dilancarkan pada majlis itu logo baharu Decathlon dengan rekaan orbit yang mencerminkan prinsip universaliti dan keterbukaan jenama itu dalam memenuhi keperluan gaya hidup sihat dan lasak rakyat Malaysia.
Sempena perasmian itu juga, seramai 250 pelanggan pertama ditawarkan baucer pembelian bernilai RM50 manakala 250 lagi menerima baucer RM25 pada kedua hari pembukaan.
Store Leader Decathlon 1 Utama, Nik Aini berkata, antara keunikan butik terbaharu itu adalah produk-produk Eco-design yang dihasilkan melalui teknologi penghasilan rendah karbon untuk melindungi alam sekitar.
Seperti produk lain, produk Eco-design yang menggunakan bahan-bahan kitar semula dijamin memiliki fungsi dan ketahanan yang setanding.
Sempena pembukaan ‘butik experience’ itu, Decathlon turut menganjurkan larian Decathlon 1 Utama sejauh 5 kilometer pada 21 Julai ini.
Maklumat lanjut untuk menyertai larian itu boleh diperolehi di laman www.heyjom.com
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |