BERITA SEMASASUKAN

De Ligt selamatkan Manchester United

LONDON – Aksi dramatik di Stadium Tottenham menyaksikan Manchester United bangkit pada saat akhir apabila tandukan Matthijs de Ligt pada minit ke-96 memastikan keputusan seri 2-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Gol penyamaan itu hadir hanya beberapa minit selepas Richarlison meledak jaringan pada minit ke-91 yang seakan-akan menjamin kemenangan untuk Spurs.

United terlebih dahulu berada di depan menerusi Bryan Mbuemo pada minit ke-32, sebelum Mathys Tel menyamakan kedudukan buat Spurs pada minit ke-84.

Gol Richarlison sempat meletakkan Tottenham di hadapan tujuh minit kemudian, namun De Ligt menjadi penyelamat United dengan tandukan tepatnya di penghujung perlawanan.

Keputusan itu mengekalkan rekod tanpa kalah United dalam lima perlawanan terakhir, sementara kedua-dua pasukan kini mengumpul 18 mata selepas 11 aksi.

Spurs di tangga ketiga dan United di kedudukan ketujuh berdasarkan perbezaan jaringan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button