BERITA SEMASA

DBKL teliti lesen, penyelenggaraan bazar Ramadan – Dr Zaliha

PUTRAJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini giat meneliti aspek pemberian lesen dan penyelenggaraan bazar Ramadan bagi memastikan kelancaran operasi bazar tersebut tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, proses itu sedang dilaksanakan bagi memastikan peniaga yang layak dapat berniaga di tapak yang disediakan.

“Selain itu, aspek penyelenggaraan bazar Ramadan juga diberi perhatian. Saya yakin usaha ini akan berjaya untuk memastikan semua pihak mendapat manfaat,” katanya kepada media selepas menghadiri program car free day (CFD) di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai isu tapak bazar Ramadan yang mungkin dibangkitkan persatuan penjaja, Dr Zaliha memaklumkan tiada aduan diterima setakat ini.

“Setakat ini, tidak ada isu. Saya difahamkan mereka ada berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, untuk menyelesaikan perkara yang berkaitan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Dr Zaliha menyatakan bahawa DBKL akan menguruskan sepenuhnya permohonan lesen perniagaan dan penyelenggaraan bazar Ramadan bagi memastikan kadar sewa tapak adalah berpatutan dan pengurusan lebih cekap.

Mengenai program car free day, beliau berkata pihaknya bercadang untuk melanjutkan tempoh program tersebut daripada beberapa jam kepada sehari penuh.

“Kami sedang mengkaji cadangan itu dan jika ia mendapat sambutan, pelaksanaannya akan diperluaskan,” katanya lagi.

Program bulanan CFD yang diadakan pada setiap Ahad minggu kedua di Putrajaya hari ini berlangsung serentak dengan Kempen Kibar Bendera Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2025.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button