BERITA SEMASA

DBKL roboh dua gerai tanpa kebenaran di Bandar Tun Razak

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan dua buah gerai yang dibina tanpa kebenaran di Jalan Sekilau, Taman Tenaga, Bandar Tun Razak di sini kelmarin.

Operasi yang dijalankan itu melibatkan kerjasama beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Air Selangor Sdn. Bhd.

Menurut kenyataan rasmi DBKL, binaan tersebut dikenakan tindakan roboh di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 susulan daripada pelanggaran undang-undang sedia ada.

“Pihak DBKL akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan serta pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan ditetapkan,” jelas kenyataan itu lagi.

Orang awam yang mempunyai sebarang aduan atau maklumat berkaitan struktur haram boleh menyalurkannya menerusi pautan rasmi DBKL di https://adukl.dbkl.gov.my.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button