Berita SemasaBisnes & Ekonomi

Datuk Nor Azam dilantik CEO baharu Pernas

KUALA LUMPUR – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) pada Isnin mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 14 April 2025.

Pelantikan itu dilihat sebagai langkah strategik bagi memperkukuhkan kedudukan Pernas dalam menerajui pembangunan industri francais dan keusahawanan di negara ini.

Menurut kenyataan media, Nor Azam memiliki pengalaman lebih 26 tahun dalam sektor perbankan dan kewangan, termasuk pernah berkhidmat di beberapa institusi kewangan utama seperti Citibank, OCBC Bank, Arab Malaysia Bank dan Hong Leong Bank.

“Beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting di MBSB antaranya sebagai Ketua Pegawai Perniagaan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif sehingga Jun 2024.

“Semasa di MBSB, beliau turut menerajui pelbagai inisiatif transformasi termasuk penstrukturan semula perbankan korporat dan runcit, pengenalan model cawangan baharu yang lebih mesra pelanggan serta pelaksanaan projek digital seperti Virtual Branch, Digital Halal Hub dan Smart School Project,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, Nor Azam turut memainkan peranan penting dalam proses pengambilalihan Asian Finance Bank (AFB) dan transformasi MBSB menjadi bank komersial Islam sepenuhnya.

Sebelum ini, beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Perbankan Perniagaan di Bank Islam Malaysia Berhad yang merangkumi tanggungjawab terhadap strategi pembangunan perniagaan, pengurusan portfolio pelanggan korporat serta perancangan pertumbuhan sektor perbankan perniagaan.

“Pernas yakin dengan pelantikan itu, pengalaman luas serta kepakaran beliau mampu memperkukuh kedudukan syarikat dan melonjakkan pencapaian ke tahap lebih tinggi,” jelas kenyataan itu.

Pernas merupakan sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais serta memperkasakan komuniti

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button