
Datuk Bandar tinjau operasi bazar Aidilfitri Jalan TAR
KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif, semalam turun padang bagi meninjau operasi Bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini susulan aduan mengenai susunan gerai ‘back-to-back’ yang dilaksanakan di kawasan bazar.
Dalam lawatan itu, beliau meneliti aspek pengurusan bazar, keselamatan pengunjung, serta keselesaan peniaga bagi memastikan kelancaran operasi sepanjang musim perayaan.
Datuk Bandar turut diberikan taklimat oleh pegawai bertugas sebelum meluangkan masa berinteraksi dengan peniaga dan menilai keberkesanan susun atur gerai serta kawalan lalu lintas di sekitar kawasan bazar.
“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) komited untuk mempertingkatkan pengurusan bazar bagi memastikan suasana perniagaan lebih teratur serta memberikan pengalaman membeli-belah yang selesa dan selamat kepada warga kota,” katanya dalam kenyataan di Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Turut hadir dalam sesi tinjauan ini ialah Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Ismadi Sakirin; Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman serta pegawai-pegawai kanan DBKL.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |