
Darjah Kebesaran Negeri Sembilan bekas Naib Canselor UKM ditarik balik
SEREMBAN – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini menitahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang dikurniakan kepada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman ditarik balik.
Menurut Pendaftar Darjah yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim, Tuanku Muhriz menitahkan darjah kebesaran yang dikurniakan pada 14 Januari 2019 itu ditarik balik berkuat kuasa serta merta.
“Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Mohd Ekhwan dilaporkan melepaskan jawatannya sebagai Naib Canselor UKM pada 2 Februari lalu.
Beliau kali pertama dilantik bagi jawatan itu pada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023 sebelum perkhidmatannya disambung semula.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |