BERITA SEMASASUKAN

Dari pencuci kasut bola ke pemain kebangsaan Indonesia

QATAR – Kemiskinan bukanlah penghalang bagi seorang manusia jika beliau mahu berjaya di dalam hidup, malah sifat tidak mahu mengalah adalah kunci kepada kejayaan dalam hidup.

Itulah yang ditunjukkan oleh pemain kebangsaan Indonesia, Alfeandra Dewangga yang kini bermain untuk kelab PSIS Semarang.

Mewakili negara sejak 2019, antara kejayaan yang diperoleh beliau adalah termasuk pingat emas Sukan Sea Kemboja 2023, pingat gangsa Sukan Sea Vietnam 2021 serta pingat gangsa bagi kejohanan AFF di Vietnam pada 2019.

Dengan pelbagai kejayaan yang diperoleh Alfeandra, siapa sangka pemain pertahanan itu dahulunya pernah berkerja sebagai pencuci kasut bola.

Perkara tersebut dikongsikan oleh bekas pengurus pasukan Selangor yang juga pengkritik bebas bola sepak negara, Zakaria yang lebih dikenali Zack Rahim.

Tambah Zakaria, pemain tersebut melakukan pekerjaan itu di padang latihan Pelita Jaya FC di Sawangan, Depok, Jakarta Selatan iaitu semasa bekas penyerang kebangsaan, Mohd Safee Sali bermain bersama kelab Pelita Jaya FC.

“Sebelah kiri saya tu sorang lagi pemain Indonesia yang dahulunya kerja cuci kasut bola di padang latihan Pelita Jaya di Sawangan, Depok, Jakarta Selatan ketika Safee main disana.

“Waktu tu dia kanak-kanak lagi, dari pencuci kasut bola, sekarang main wakil negara,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook miliknya semalam.

Zakaria berkata demikian ketika berada di Doha, Qatar, sempena kejohanan Piala Asia yang turut disertai pasukan Harimau Malaya serta Indonesia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button