DAPSY gesa pembebasan segera aktivis Malaysia ditahan Israel
KUALA LUMPUR – DAPSY menggesa pembebasan segera 12 aktivis dan delegasi Malaysia yang dilaporkan ditahan tentera Israel selepas beberapa kapal kemanusiaan Global Sumud Flotilla dipintas di perairan antarabangsa, manakala lima lagi aktivis dilaporkan terputus hubungan.
Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan, Syaheera Ghafar berkata, tindakan Israel itu sekali lagi membuktikan kekejaman rejim Zionis yang sejak sekian lama menindas penduduk Gaza dengan sekatan berlarutan.
“Keberanian aktivis Malaysia yang menyertai misi ini amat dipuji. Ia adalah misi berisiko tinggi bagi membuktikan betapa jijik dan kejamnya Zionis Israel di mata dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, konvoi flotila berkenaan bertujuan menyalurkan makanan, susu dan ubat-ubatan kepada penduduk Gaza yang berdepan krisis kemanusiaan, termasuk 97 peratus isi rumah hanya mampu makan sekali atau dua kali sehari, manakala 85 peratus rakyatnya kekurangan zat makanan serius.
“Realiti ini membuktikan sekatan Israel bukan hanya ditujukan kepada Hamas, tetapi merupakan usaha sistematik untuk memusnahkan rakyat Gaza secara beramai-ramai,” tegasnya lagi.
Syaheera berkata, sempena Hari Tanpa Keganasan Antarabangsa, masyarakat dunia khususnya pemimpin antarabangsa perlu menekan Israel dan sekutunya bagi menghentikan segera penindasan terhadap penduduk Gaza.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






