Berita SemasaDalam Negeri

Dana RM1.5 billion percepat pendigitalan PMKS

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengumumkan peruntukan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi mempercepat pendigitalan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di seluruh negara.

Dana itu diwujudkan menerusi kerjasama yang strategik antara agensi kerajaan dan rakan pelaksana seperti institusi kewangan, bank digital serta platform pembiayaan Peer-to-Peer (P2P).

Inisiatif itu bertujuan menyediakan penyelesaian digital serta kemudahan pembiayaan bagi menyokong operasi harian PMKS.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, ketika berucap dalam majlis Inisiatif Pendigitalan Perniagaan (BDI) berkata, program itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkasa PMKS dengan teknologi inovatif.

“Inisiatif ini memastikan PMKS mendapat akses kepada penyelesaian digital, pembiayaan serta bimbingan pakar bagi meningkatkan daya saing mereka dalam ekonomi digital yang pesat berkembang,” katanya.

Majlis tersebut turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MDEC, SME Corp. dan beberapa institusi kewangan bagi memastikan sokongan menyeluruh kepada PMKS dalam aspek pembiayaan dan pembangunan kapasiti digital.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Anuar Fariz Fadzil, menekankan bahawa inisiatif itu dirangka untuk membantu PMKS mengatasi cabaran seperti kekurangan kemahiran dan akses kepada teknologi digital.

“Kami menyediakan penyelesaian bersasar termasuk pembiayaan serta penyelesaian e-invois berpatutan atau percuma (freemium) berdasarkan rangka kerja Peppol untuk memudahkan pendigitalan,” jelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy menyatakan bahawa kerjasama dengan MDEC bertujuan meningkatkan kesedaran dan penyertaan PMKS dalam pendigitalan.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Fabian Bigar bersama-sama pemimpin industri lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button