BERITA SEMASA

Dakwaan kerajaan berdiam apabila Islam dihina adalah fitnah

PUTRAJAYA – Dakwaan kerajaan tidak mengambil tindakan atau berdiam diri terhadap penghinaan kepada agama Islam adalah fitnah dan sama sekali tidak berasas.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, sesiapa sahaja yang menghina mana-mana agama di negara ini, termasuk Islam, akan disiasat dan didakwa mengikut undang-undang.

Memberi contoh kes kalimah Allah dipersenda melalui penjualan stokin, Nashrul berkata, syarikat dan pembekal masing-masing didenda RM60,000; seorang lelaki persenda perkataan “Allah” didenda RM12,000 dan dipenjara 6 bulan.

Selain itu, antara kes lain membabitkan peniaga jagung bakar meletak notis perkauman, didenda RM400 manakala kes Harith Iskander dan Cecelia Yap masing-masing didenda RM10,000.

“Dalam kes yang saya senaraikan tadi, jelas semuanya disiasat, didakwa, dan akhirnya dihukum dan kesemua tindakan terbabit adalah berasaskan peruntukan undang-undang sedia ada dan setiap kes yang ada punca pelaporan akan melalui jalur proses dan hukum negara.

“Ini mesej yang tegas buat semua rakyat Malaysia untuk menghentikan budaya menghina mana-mana agama, budaya, dan kaum di mana-mana ruang di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan melalui Facebook PMO Malaysia, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button