BERITA SEMASA

‘Daddy amat, amat kecewa’ – Nooryana

CYBERJAYA – Anak bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa berkata bapanya “amat, amat kecewa” dengan keputusan Lembaga Pengampunan, baru-baru ini.

Nooryana berkata demikian dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya, semalam.

Beliau berkata, ketika mengunjungi bapanya, kelihatan Najib memegang surat keputusan Lembaga Pengampunan yang ditandatangani Yang di-Pertuan Agong dan Menteri Wilayah Persekutuan.

“Yana lihat daddy pegang sekeping kertas di tangan.

“Yana tanya, apa tu daddy? Rupa-rupanya itu kertas keputusan Lembaga Pengampunan,” katanya.

Katanya, bila ditanya mengenai perasaan bapanya, Nooryana berkata, “Daddy berkata dia amat, amat kecewa (dengan keputusan ini) sambil berkata ‘Yana, perasaan yang paling teruk sekali adalah ketika awak berasa terkejut, dan tak dapat kongsikan dengan sesiapa. Awak hanya dapat pendamkan (perasaan itu), keseorangan,” kata Nooryana.

Beliau seterusnya berkata, Najib tahu ramai sahabat dan penyokongnya yang turut sedih serta kecewa.

“Percayalah, Datuk Seri Najib sedang buat apa yang terdaya dan termampu untuk kembali bersama semua,” tambah Nooryana lagi.

Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-61 dalam satu kenyataan pada Jumaat, yangmemutuskan hukuman terhadap Najib diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara.

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berkata, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

Sementara itu, denda yang perlu dibayar Najib sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button