BERITA SEMASA

Cuti berjadual, operasi KPDN sepanjang hari raya

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan cuti berjadual kepada semua penguatkuasa KPDN menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, cuti berjadual tersebut dilaksanakan bagi menjalankan OPS PANTAU yang telah berjalan pada bulan Ramadan ini untuk memantau aktiviti perniagaan sepanjang Ramadan dan menjelang Syawal.

“Berdasarkan statistik OPS PANTAU 2024 dari awal ramadan sehingga hari ini, sebanyak 38,126 premis telah diperiksa di seluruh negara.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 164 kes telah dihasilkan atas pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan sebanyak RM558,956.63.

“Sebanyak 1,216 aduan oleh pengguna telah diterima dalam tempoh yang sama melibatkan pelbagai kategori aduan,” katanya dalam kenyataan di KPDN hari ini.

Katanya, antara kesalahan yang diambil tindakan adalah kegagalan meletakkan tanda harga, tidak menggunakan alat timbang yang sah dan menjual barangan tiruan.

Dalam pada itu, KPDN menggesa semua perniaga untuk mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan sepanjang Ramadan ini dan musim perayaan yang bakal tiba.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button