BERITA SEMASA

CUEPACS mohon kerajaan beri bantuan khas kewangan Aidilfitri

KUALA LUMPUR – CUEPACS memohon Kerajaan supaya memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Aidilfitri kepada penjawat awam.

Presiden CUEPACS, Datuk Dr Adnan Mat berkata, pemberian BKK itu sudah tentu akan dapat meringankan beban perbelanjaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

“Dalam keadaan kos sara hidup yang masih tinggi, bantuan khas ini akan sedikit sebanyak membantu penjawat awam menguruskan keperluan kewangan mereka dengan lebih baik. Kami memahami penjawat awam baharu sahaja menikmati kenaikan gaji yang diumumkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Adnan menambah, BKK bukan sahaja dinanti-nantikan penjawat awam, tetapi limpahan daripadanya akan turut memberi manfaat kepada peniaga bazar Ramadan dan peruncit yang turut bergantung kepada lebihan wang daripada bantuan ini untuk meningkatkan hasil jualan mereka.

“Sebagai tulang belakang perkhidmatan kerajaan, penjawat awam sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara.

“Oleh itu, kami percaya kerajaan akan terus mengambil kira kepentingan dan kebajikan penjawat awam dengan mempertimbangkan pemberian BKK Aidilfitri pada tahun ini sebagai tanda penghargaan atas dedikasi mereka.

“CUEPACS amat menghargai perhatian dan pertimbangan kerajaan terhadap permohonan ini demi kesejahteraan penjawat awam yang terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button