BERITA SEMASA

Cuai di jalan raya, lakukan khianat, lelaki didenda RM13,000

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur didenda RM13,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan, iaitu melakukan khianat dan memandu tanpa cermat hingga membahayakan orang awam, dalam kejadian Ahad lalu.

Tertuduh, Mohd Firdaus Abdullah, 50, membuat pengakuan itu di depan dua Majistret berasingan, Atifah Hazimah Wahab dan Nur Fatin Mohd Farid.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Firdaus didakwa dengan sengaja melakukan khianat apabila melanggar sebuah kenderaan milik Rahmat Othman di Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah yang dipengerusikan Majistret Atifah Hazimah menjatuhkan hukuman denda RM7,500 bagi kesalahan tersebut.

Dalam prosiding berasingan, tertuduh turut didakwa atas kesalahan memandu tanpa kecermatan sehingga menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain, pada hari dan lokasi kejadian sama.

Pertuduhan kedua itu dibuat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagi kesalahan itu, Majistret Nur Fatin menjatuhkan hukuman denda RM5,500 serta memerintahkan lesen memandu tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button