
Cuaca panas melampau diramal berterusan hingga September
KUALA LUMPUR – Cuaca panas luar biasa yang melanda beberapa negeri di Malaysia ketika ini berpunca daripada pengaruh Monsun Barat Daya yang lazimnya membawa hujan yang minimum, sekali gus menyebabkan peningkatan suhu apabila tiada hujan berpanjangan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, fenomena itu dijangka berterusan sehingga September, namun orang ramai dinasihatkan agar tidak panik.
“Dalam tempoh Monsun Barat Daya, hujan biasanya berkurangan di kebanyakan kawasan. Namun, ribut petir dan hujan lebat masih boleh berlaku terutama di kawasan barat Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah sama ada pada waktu pagi, petang atau malam,” katanya.
Beliau menjelaskan, suhu dijangka kembali normal dalam beberapa hari akan datang memandangkan lebih banyak kawasan diramal menerima hujan khususnya pada awal pagi dan lewat petang.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |