SUKANBERITA SEMASA

Copa America 2024: Colombia mara ke akhir tewaskan Uruguay dengan 10 pemain

NORTH CAROLINA – Colombia berjaya melangkah ke perlawanan akhir Copa America 2024 selepas menewaskan Uruguay 1-0 dalam aksi separuh akhir di Stadium Bank of America di sini, sebentar tadi.

Pasukan Los Cafeteros itu berjaya mempertahankan kelebihan satu gol walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua.

Jefferson Lerma muncul sebagai wira Colombia apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-39 menjadi gol kemenangan untuk membawa pasukannnya ke pusingan akhir.

Pemain berusia 29 tahun itu menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru James Rodriguez untuk memberikan Colombia kelebihan awal pada minit ke-39.

Namun, cabaran buat Colombia semakin sukar apabila Daniel Munoz dilayangkan kad kuning kedua dalam waktu kecederaan sebelum tamat separuh masa pertama.

Munoz diarahkan keluar padang selepas menyiku dada Manuel Ugarte meninggalkan pasukannya dengan 10 pemain untuk baki perlawanan.

Walaupun begitu, Uruguay gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain sepanjang separuh masa kedua apabila serangan bertali arus mereka tidak berjaya menembusi benteng pertahanan kukuh Colombia.

Dengan kemenangan ini, Colombia akan bertemu pasukan pilihan utama, Argentina, dalam perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada Isnin ini.

Perlawanan tersebut dijangka menjadi pertembungan hebat antara dua pasukan gergasi Amerika Selatan bagi merebut gelaran juara Copa America 2024.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button