BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Co-opbank Pertama iktiraf pengamal media melalui program apresiasi

KUALA LUMPUR – Dalam usaha meraikan dan mengiktiraf pengamal media, Co-opbank Pertama (CBP) sekali lagi mengadakan Program Apresiasi Media, sebuah inisiatif tahunan yang menghimpunkan lebih 200 wakil media dari pelbagai agensi cetak dan elektronik.

Program itu bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara CBP dan rakan-rakan media dalam suasana mesra dan muhibah.

Antara acara utama yang dianjurkan adalah pertandingan boling, perlawanan persahabatan bola sepak serta Program Kendurian Bersama Media yang mendapat sambutan menggalakkan dari pengamal media tempatan.

CBP Media
Pertandingan bola sepak CBP bersama media berlangsung di Stadium Merdeka pada 13 November lalu.

Ketua Pegawai Operasi CBP, Syaiful Arief Syah Mohamed Said berkata, program tahunan itu adalah satu penghargaan kepada media yang sentiasa memberi sokongan kepada CBP sepanjang 75 tahun penubuhannya.

“Program ini merupakan platform terbaik untuk memperkukuh lagi hubungan kami dengan rakan media yang berperanan penting dalam membantu menyampaikan maklumat serta memperkukuh jenama CBP di mata masyarakat,” jelasnya.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Sukan Bersama Media yang melibatkan pertandingan bola sepak pada 13 November, diikuti dengan acara boling pada 29 November.

Selain itu, Program Kendurian Bersama Media yang berlangsung pada 27 November turut menjadi medan untuk mempereratkan lagi hubungan antara CBP dan pengamal media.

Syaiful Arief Syah turut menambah bahawa penganjuran program ini adalah sebahagian daripada usaha CBP untuk terus memperkukuh hubungan dengan rakan media.

“Usaha ini penting terutamanya dalam memartabatkan jenama CBP sebagai sebuah institusi kewangan yang berdaya saing, lebih-lebih lagi sempena ulang tahun ke-75 penubuhannya.

“Program Apresiasi Media ini akan terus menjadi acara tahunan yang memberi manfaat kepada semua pihak, khususnya dalam mencapai matlamat bersama untuk memajukan masyarakat melalui kerjasama yang lebih erat dengan media,” katanya lagi.

Dengan tema ‘Menghargai Peranan Media dalam Membentuk Masyarakat’, CBP berharap program itu dapat memperkukuh lagi hubungan baik dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha bersama memajukan sektor kewangan dan komuniti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button