BERITA SEMASASUKAN

Cklamovski sudah tiba di Malaysia – FAM

PETALING JAYA – Ketua jurulatih baharu skuad bola sepak kebangsaan, Peter Cklamovski sudah tiba di Malaysia.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu hantaran di Facebook berkata, jurulatih dari Australia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

“Ketua jurulatih kebangsaan yang baharu, Peter Cklamovski selamat tiba di KLIA, Sepang dari Sydney, Australia, petang tadi untuk memulakan tugas membimbing skuad Harimau Malaya,” kata FAM dalam hantaran tersebut.

Pelantikan Cklamovski diumumkan pada 16 Disember lalu.

Terdahulu, dua individu penting bagi revolusi Harimau Malaya, Robert Douglas Friend dan Dr Craig Duncan sudah melaporkan diri di Wisma FAM, 14 Januari lalu.

Robert Douglas Friend yang juga bekas pemain kebangsaan Kanada memikul tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya manakala Duncan sebagai Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button