BERITA SEMASASUKAN

Chong Wei bidas komen rasis bekas pemain badminton percubaan negara

KUALA LUMPUR – Legenda badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei, membidas kenyataan berbaur perkauman yang menyentuh isu sensitiviti agama daripada bekas pemain badminton pelapis percubaan negara, Bong Guang Yik.

Menurut Chong Wei, sikap perkauman dalam sukan hanya akan menghancurkan keharmonian dalam kalangan rakyat.

“Sukan menjunjung rasa hormat dan tidak menerima perkauman. Jangan sesekali demi mengejar nak terkenal, sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yang keeratan bukan dibina sehari dua, tetapi berdekad-dekad.

“Anggaplah dia sebiji epal busuk, kawan-kawan,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, tular video di media sosial mengenai kenyataan Guang Yik yang berbaur perkauman apabila dia mengkritik pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Kenyataan itu kemudian menerima kecaman daripada banyak pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta BAM yang mahu Persatuan Badminton China (CBA) mengambil tindakan terhadap beliau.

Dalam pada itu, Chong Wei turut memuji dan mengucapkan terima kasih kepada Hannah dalam mengendalikan isu berkenaan.

“Terima kasih kepada YB atas kecerdikan and kepantasan mengendalikan isu ini,” katanya lagi.

Guang Yik ketika ini dilaporkan menetap dan berkhidmat sebagai jurulatih badminton di China.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button