Berita SemasaLuar Negara

China gesa Israel hentikan operasi ketenteraan di Rafah

BEIJING – China menggesa Israel untuk menghentikan serangan ketenteraannya ke atas Rafah di Semenanjung Gaza bagi mengelakkan bencana kemanusiaan yang lebih serius di wilayah yang terkepung itu.

Kementerian Luar China dalam satu kenyataan berkata, Beijing menggesa Israel untuk menghentikan semua operasi ketenteraan di Rafah secepat mungkin.

“Lakukan segala yang mungkin untuk mengelakkan korban dalam kalangan orang awam yang tidak bersalah dan mencegah bencana kemanusiaan yang dahsyat di Rafah daripada menjadi lebih teruk,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Israel mengumumkan rancangan untuk melancarkan serangan darat ke atas Rafah, menempatkan lebih sejuta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal bagi mencari perlindungan daripada pengeboman tentera Israel sepanjang empat bulan lalu.

Israel melancarkan serangan udara dan dron ke atas Rafah lewat malam Ahad, mengorbankan kira-kira seratus orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak yang berlindung di kawasan itu.

Mengulas lanjut, Kementerian Luar China mengulangi pendirianya bahawa Beijing “menentang dan mengutuk” tindakan yang membahayakan orang awam dan melanggar undang-undang antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button