
Cherry Malaysia panggil semula pelanggan
KUALA LUMPUR – Chery Malaysia telah memeriksa dan menjalankan siasatan terhadap kenderaan model Omoda 5 yang terlibat dalam kejadian gandar (axle) patah baru-baru ini.
Chery Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menghubungi pelanggan tersebut untuk mendapatkan maklumat terperinci dan membawa kenderaan berkenaan ke pusat servis.
Selain itu, syarikat kereta China itu uga sedang menghubungi pelanggan-pelanggan untuk mengambil tindakan proaktif susulan kejadian itu.
“Para pelanggan yang khuatir boleh menempah temu janji di pusat servis terdekat untuk pemeriksaan rapi,” katanya.
Dalam satu hantaran di laman Facebook baru-baru ini, seorang pemilik model Omoda 5 mendakwa gandar belakang kereta miliknya patah ketika sedang memandu.
Menurutnya, jalan yang dilalui ketika itu tidak mempunyai sebarang bonggol dan lubang, malah keretanya itu juga tidak pernah terbabit dalam sebarang kemalangan.
Dia juga mendakwa bahawa bahagian yang patah itu hanya mempunyai dua titik kimpalan serta kesan karat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






