
Chelsea cipta rekod pembelian termahal EPL, beli Enzo Fernandez
LONDON – Chelsea telah berjaya mendapatkan khidmat pemain muda sensasi, Enzo Fernandez dari Benfica dengan rekod perpindahan sebanyak 121 juta euro (RM560.69 juta) umum kelab Portugal itu sebentar tadi.
Pemain tengah berusia 22 tahun yang juga pemenang Piala Dunia Qatar itu dinamakan Pemain Muda Terbaik Piala Dunia selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam kempen bersama Argentina di Qatar baru-baru ini.
Yuran sebanyak £106.8 juta itu melebihi rekod sebelumnya, £100 juta (RM525.19 juta) yang dibayar Manchester City kepada Aston Villa bagi mendapatkan Jack Grealish pada 2021.
Fernandez yang baharu menyertai kelab Portugal itu pada Julai tahun lalu dengan yuran dilaporkan bernilai sekitar £10 juta (RM52.52 juta) telah menandatangani perjanjian lapan tahun setengah hingga 2031.
Pemilik Chelsea, Konsortium Todd Boehly sudah mengeluarkan ratusan juta sejak membeli Chelsea pada penamat musim lalu dengan harapan wang berkenaan dapat mengangkat mereka daripada kedudukan ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





