BERITA SEMASA

Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo dipanggil rakam percakapan – MCMC

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil pemilik akaun media sosial, Badrul Hisham Shaharin, Mohamad Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk rakaman percakapan esok.

Menurut MCMC dalam satu kenyataan, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard dan Salim akan dirakam percakapan di Ibu Pejabat MCMC di sini.

Katanya, rakaman percakapam Wan
Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo pula akan dibuat di Balai Polis Setapak.

“Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan berkenaan kandungan yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588],” katanya hari ini.

Dalam pada itu menurut MCMC, kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu,” katanya.

Sementara itu Chegubard dalam satu kenyataan mengesahkan akan hadir ke Ibu Pejabat MCMC esok petang untuk dirakam kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button