Berita Semasa

Cawangan pasport baharu di LTA Kota Kinabalu dibuka mulai Jun

PUTRAJAYA – Sebuah lagi cawangan pasport akan dibuka di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kota Kinabalu Sabah, umum Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut Saifuddin, pejabat tersebut sedang dalam proses ubah suai dan dijangka akan memulakan operasi pada skala penuh pada Jun depan.

“Dengan cara ini, kita dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan tanpa menambah jawatan tetapi permudah urusan dengan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Pasport Shaftbury di sini hari ini.

Mengulas mengenai pengoperasian pejabat pasport Shaftbury, beliau berkata ia merupakan pejabat ke 78 yang telah dibuka, dan salah satu pejabat yang menerima permohonan untuk perbaharui pasport secara dalam talian sahaja.

Sebagai rekod, terdapat empat pejabat yang melakukan urusan pembaharuan pasport secara dalam talian termasuk pejabat di Wangsa Maju, Kajang dan Kelana Jaya.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin menyatakan sebanyak 3,057, 825 pasport dikeluarkan tahun lepas berbanding 2,574,435 pada tahun 2022 menyaksikan peningkatan sebanyak 20 peratus.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button