BERITA SEMASA

Caprice, Mondy Tattoo dipanggil polis

SHAH ALAM – Penyanyi rap, Caprice dan wanita Indonesia dikenali sebagai Mondy Tattoo akan dipanggil polis bagi membantu siasatan laporan dibuat pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, berkata, pihaknya sudah menerima arahan bagi menyiasat kes itu.

Setakat ini, hanya satu laporan dibuat Ebit di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, semalam.

“Kita sudah merakam keterangan Ebit Lew dan akan merekodkan keterangan daripada Caprice dan wanita Indonesia itu dalam tempoh terdekat.

“Ia adalah prosedur bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya memetik laporan BH Online hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Semalam, Ebit tampil membuat laporan polis terhadap dakwaan berlaku fitnah melampau dilemparkan terhadapnya berhubung seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah bebas terkenal dari Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button