Berita SemasaPM X

Cadangan wujudkan Beras Putih Malaysia Madani akan dibincang dalam mesyuarat NACCOL

KUALA LUMPUR – Cadangan mewujudkan Beras Putih Malaysia Madani adalah bagi menghapuskan campurtangan kartel dan bukannya untuk menguntungkan mana-mana pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menegaskan perkara itu berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang akan datang.

“Tidak, kita akan hapuskan campur tangan kartel (dalam isu beras). Kita akan bincangkan perkara ini dalam mesyuarat NACCOL akan datang,” kata Anwar ringkas kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Ramah Mesra bersama warga Maybank, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh yang mengesa Anwar supaya tidak membenarkan cadangan tersebut dilaksanakan.

Jelas Dr Muhammad Akmal, cadangan itu hanya akan menyebabkan beras putih tempatan tidak akan ada di pasaran serta seolah-olah menyokong kartel yang mencampurkan beras tempatan dan beras import.

Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang akan dipengerusikan Perdana Menteri dijangka diadakan pada 23 Februari depan.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan NACCOL, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata antara perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuk berkaitan bekalan beras negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button