
Cadangan pecah portfolio Hal Ehwal Agama hanya pandangan peribadi
PUCHONG – Cadangan portfolio Menteri Hal Ehwal Agama dipecahkan khusus untuk agama Islam dan bukan Islam seperti yang diutarakan Ahli Parlimen Raub di Parlimen semalam adalah pandangan peribadi dan bukannya dasar kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak pernah dipersetujui oleh komponen parti yang membentuk kerajaan ketika ini.
“Tidak dipersetujui oleh mana-mana dalam kerajaan, apa lagi Jemaah Menteri,” kata Anwar ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Salam, di sini hari ini.
Ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui menyarankan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen blok kerajaan mencadangkan ia dipecahkan kepada portfolio untuk urusan agama Islam dan satu lagi hal ehwal bukan Islam.
Cadangan tersebut bagaimanapun dibantah oleh pimpinan politik beragama Islam termasuk daripada blok pembangkang dan kerajaan.
Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan calon Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) sudah dikenal pasti.
Menurut Anwar, beliau akan ke Bahrain bagi menziarahi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan mendapatkan perkenan Seri Paduka Baginda.
“Insya-Allah bila saya ke Bahrain dan menziarah Yang di-Pertuan Agong, kita boleh dapat perkenan,” jelasnya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |