
Cadangan hadkan jawatan PM perlu kajian mendalam
PUTRAJAYA – Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun perlu diteliti dengan lebih mendalam kerana ia melibatkan pelbagai proses yang rumit.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Kabinet hari ini mengarahkan supaya cadangan itu dikaji terlebih dahulu.
“Hal ini ada dibincangkan, tetapi masih di peringkat awal memandangkan ia adalah proses yang rumit, kompleks dan perlu ada pertimbangan termasuk di peringkat negeri.
“Sebarang perkara yang terus ke arah pindaan Perlembagaan (Persekutuan) adalah perkara yang perlu diberi pertimbangan yang cukup mendalam, maka Perdana Menteri minta supaya hal ini diteliti dan dikaji secara keseluruhan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di sini hari ini.
Terdahulu, Anwar menyatakan bersetuju dengan cadangan itu, namun perlu dibincangkan terlebih dahulu bagi memastikan ia mendapat sokongan dua pertiga di Parlimen.
“Saya setuju tetapi kita perlu runding dapatkan dukungan semua parti supaya ada dua pertiga (sokongan Ahli Parlimen).
“Kalau kuasa mutlak pada saya, esok saya luluskan tapi bezanya saya bukan diktator,” katanya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Shah Alam, Ahad lepas.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |