BERITA SEMASA

Bunyi letusan dalam tren LRT akibat kerosakan teknikal – Rapid Rail

KUALA LUMPUR – Pengendali perkhidmatan rel Laluan Kelana Jaya, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) mengesahkan berlakunya gangguan teknikal pada tren lrt bernombor 84 di Stesen Abdullah Hukum, malam tadi.

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi 28 saat menunjukkan penumpang tren berkenaan menjerit ketakutan apabila terdengar bunyi letusan di dalam tren berkenaan.

Kata Rapid Rail dalam satu kenyataan hari ini, bunyi letusan yang terakam dalam video tular tersebut berpunca daripada kerosakan pada komponen pemasangan pengumpul kuasa pada tren.

“Akibat insiden tersebut, terdapat kepulan asap kecil dan bunvi dentuman.

“Pegawai transit yang sedang bertugas di dalam tren tersebut kemudiannya bertindak pantas mengikut piawaian standard operasi dengan meminta semua penumpang turun di Stesen Abdullah Hukum,” katanya dalam kenyataan itu.

Tren yang mengalami kerosakan tersebut kemudiannya dihantar pulang ke depoh penyelenggaraan untuk siasatan lanjut.

Rapid Rail turut memberitahu, tiada sebarang kecederaan melibatkan penumpang dilaporkan.

“Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh penumpang semasa insiden tersebut dan akan terus melakukan penambahbaikan bagi memastikan perjalanan penumpang Rapid KL selamat, selesa dan lancar.

“Bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang, pihak jurutera kami telah mempertingkatkan pemeriksaan pada semua tren yang beroperasi di Laluan Kelana Jaya untuk memastikan kebolehpercayaan perkhidmatan tren sentiasa berada ditahap yang optimum dan selamat.

“Selain itu, pemantauan yang lebih kerap turut dijalankan oleh pegawai transit terutama di dalam tren ketika waktu puncak,” katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi 28 saat menunjukkan penumpang gerabak tren berkenaan menjerit ketakutan apabila terdengar bunyi letusan di dalam tren berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button