BERITA SEMASA

Bukan sebab DJ Lin punca Tyzo ditamatkan kontrak – Pengerusi Suria FM

KΦUALA LUMPUR – Tiada sebarang peningkatan pendengar ketika mengendalikan Segmen Suria Petang menjadi punca DJ Tyzo tidak disambung kontrak.

Pengerusi Suria FM, Datuk Aminuddin, turut menegaskan keputusan itu dibuat bukan didorong oleh DJ Lin seperti yang didakwa.

“Saya tak kenal Tyzo secara rapat, begitu juga dengan penyampai radio yang lain. Keputusan ini hanyalah disebabkan business decision semata-mata

“Adakah jumlah pendengar segmen Suria Petang meningkat selepas kemenangan Tyzo di ABPBH? Jawapannya adalah stagnant (kekal sama) dan itulah hakikatnya.

“Ini adalah keputusan saya kerana ini adalah tanggungjawab saya,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, segmen yang dikendalikan oleh DJ Lin dan Cik Piah berjaya menunjukkan peningkatan pendengar

Tambahnya, pihak mereka telah memberitahu lebih awal kepada Tyzo iaitu pada 4 Januari serta meminta beliau off air secepat mungkin.

“Pada 4 Januari lalu, saya maklumkan dengan Tyzo, ini adalah keputusan saya dan kontrak 6 bulan tidak dipanjangkan serta minta beliau go off air secepat mungkin.

“Saya turut mengulangi perkara sama dalam sebuah bilik bersama general manager, DJ Lin serta barisan HR yang dihadiri DJ Tyzo mengenai keputusan yang dibuat oleh saya,” katanya.

Datuk Aminuddin

Selain itu, beliau turut melahirkan kekesalan apabila Tyzo menyuruh salah seorang kru di konti tersebut untuk  merakam beliau mengundur diri daripada konti Suria FM serta mengatakan DJ Lin khianati dirinya.

Katanya, keputusan yang dibuat bukanlah keputusan daripada DJ Lin seperti yang didakwa.

Walau bagaimanapun, katanya, pihak pengurusan tertinggi Suria FM turut memaklumkan meskipun beliau ditamatkan lebih awal, gaji beliau tetap dibayar sehingga 9 Mac 2024.

“Saya harap berikutan dengan ini perkara mengenai ini, akan tamat dan tidak akan dibangkitkan lagi dan jika ada mana-mana pihak yang membuat kenyataan yang terus membuat kenyataan dan komen dan sebagainya yang merupakan fitnah, kami berhak dan tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang dan sebagainya,” tegasnya.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button