
Bukan Negaraku, tetapi lagu kebesaran Perak – KPM
PUTRAJAYA – Dakwaan seorang pempengaruh politik yang menyatakan murid di sebuah sekolah di Perak menyanyikan lagu Negaraku bukan dalam bahasa kebangsaan adalah tidak benar, demikian tegas Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan
KPM dalam satu kenyataan menegaskan lagu yang dinyanyikan oleh murid sekolah itu sebenarnya lagu ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ yang merupakan lagu kebesaran negeri Perak.
Jelas KPM, lagu yang dinyanyikan tersebut adalah simbol taat setia, kasih dan penghormatan kepada Sultan Perak Darul Ridzuan dan tradisi Kesultanan Negeri Perak.
“Video berkenaan juga secara jelas menunjukkan murid dan semua hadirin telah menyanyikan lagu ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ dalam Bahasa Melayu mengikut lirik yang betul,” kata KPM sambil melahirkan rasa kesal dalam kenyataannya semalam.
Susulan itu, KPM menasihatkan masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan fitnah jahat yang cuba menghasut dan mengancam perpaduan serta keharmonian negara.
Terdahulu, tular beberapa video di laman media sosial termasuk TikTok menunjukkan rakaman nyanyian lagu di sebuah sekolah yang didakwa dinyanyikan dalam bahasa Cina.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |