Berita SemasaJom Ronda

Buka puasa lebih 100 juadah istimewa di Courtyard by Marriott Setia Alam, beli belah raya di Setia City Mall

KURANG dua minggu sebelum umat Islam memulakan ibadah puasa, pengusaha restoran dan hotel di seluruh negara semakin giat memasarkan bufet Ramadan bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Antara yang mencuri tumpuan ialah Courtyard by Marriott Setia Alam, sebuah hotel bertaraf empat bintang, yang bakal menyajikan bufet Ramadan dengan tema ‘Cita rasa Nostalgia Abadi’, membawa keaslian rasa tradisional yang menggamit kenangan.

Disusun oleh Chef Firdaus Aiman Zammani, tema pada tahun ini menampilkan hidangan tradisi kegemaran rakyat Malaysia, termasuk juadah turun-temurun yang tidak akan lapuk ditelan zaman.

Menurut Chef Firdaus, pemilihan tema tahun ini adalah untuk mengangkat keistimewaan hidangan tradisional yang sering dinikmati penduduk Malaysia bagi menggambarkan suasana berbuka puasa yang penuh dengan rasa ‘nostalgia’.

Chef Firdaus Aiman Zammani (kanan) pada pratonton bufet Ramadan yang diadakan di Courtyard by Marriott Setia Alam baru-baru ini. – Foto Najmi Zulkefle/Malaysia Tribune

“Bufet tahun ini terdiri daripada makanan tradiosional yang tidak boleh diubah di mana setiap tahun akan ada dan makanan ini. Juadah ini juga telah diwarisi turun-temurun dari generasi terdahulu.

“Kita ada asam pedas, gulai kawah, lemak salai, lima jenis rendang, lima jenis cili masak kering, sambal tempoyak, sambal petai semua menu tradiosional yang tidak akan ditelan zaman sampai bila-bila,” katanya.

Menghidangkan juadah istimewa yang menggamit kenangan, Bufet Ramadan Citarasa Nostalgia Abadi menawarkan pelbagai pilihan yang pasti memuaskan selera pengunjung. – Foto Najmi Zulkefle/Malaysia Tribune

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysia Tribune pada pratonton bufet Ramadan yang diadakan di hotel berkenaan baru-baru ini.

Mengulas mengenai juadah istimewa yang bakal disajikan, Chef Firdaus berkata, terdapat lebih daripada 100 hidangan yang bakal disajikan termasuk menu istimewa seperti ayam masak rendang puding, sambal sotong petai, rendang brisket dan pelbagai lagi.

Ditanya mengenai sebab-sebab mengapa perlu berbuka puasa di Courtyard by Marriott Setia Alam, Chef Firdaus berkata, harga yang ditawarkan untuk bufet Ramadan di hotel tersebut sangat berpatutan dengan kualiti dan kuantiti hidangan yang disajikan.

“Setiap hidangan disediakan dengan bahan-bahan premium dan resepi istimewa, memberikan nilai yang sangat baik untuk setiap pengunjung. Anda boleh menikmati pelbagai pilihan makanan tradisional pada harga yang sangat berpatutan,” katanya.

Beliau menambah, salah satu kelebihan apabila berbuka di hotel ini adalah lokasinya yang sangat strategik, iaitu berdekatan dengan pusat beli-belah Setia City Mall.

“Untuk mereka yang ingin membeli kelengkapan raya selepas berbuka puasa, pengunjung boleh terus ke pusat membeli-belah yang terletak hanya bersebelahan dengan hotel ini, sekali gus memberikan pengalaman yang sangat praktikal,” jelasnya.

Hidangan tradisional yang dimasak oleh chef-chef berpengalaman, menjanjikan pengalaman berbuka yang luar biasa di Courtyard by Marriott Setia Alam. – Foto Najmi Zulkefle/Malaysia Tribune

Selain itu, Chef Firdaus berkata, susunan bufet yang tidak terlalu rapat juga akan memudahkan pengunjung untuk mengambil makanan dengan mudah tanpa terburu-buru.

“Ruang makan yang luas dan selesa juga membolehkan tetamu menikmati hidangan dalam suasana yang tenang dan selesa. Ini memberikan pengalaman makan yang lebih bebas dan santai, sesuai untuk menikmati momen berbuka puasa dengan penuh kebahagiaa,” katanya.

Tawaran bufet Ramadan di Courtyard by Marriott Setia Alam boleh didapati bermula 12 Mac hingga 8 April depan dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Bagi mereka yang ingin melakukan tempahan awal, Courtyard Setia Alam berbesar hati untuk menawarkan diskaun eksklusif (early bird) pada harga bufet Ramadan adalah RM129 bagi setiap orang dewasa, sementara kanak-kanak dan warga emas dapat menikmatinya pada separuh harga.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button