Berita SemasaJom Ronda

Bufet Ramadan Hotel Tenera hidang lebih 200 juadah berbuka puasa

BANGI – Bufet Ramadan di Hotel Tenera yang bermula pada 3 Mac hingga 29 Mac tahun menjadi pilihan pelbagai golongan saban tahun kerana sajiannya yang sedap, tempat yang selesa, harga berpatutan buat seisi keluarga dan semestinya diyakini Halal.

Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, Hotel Tenera membawa tema Serantau Desa, di mana mereka menyelami perasaan anak-anak perantau yang bakal pulang ke kampung,

Beliau berkata, terdapat lebih 40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.

“Terdapat lebih daripada 200 menu hidangan seperti Nasi Dalcha Lutut Kambing, Asam Pedas Huzz Power, Kariaq ‘mapley’ Kepala Ikan, Kawah Gulai Raja Berangkat, Coq Langgar Padang Merdeka, Tempe Madoran, Kopi Gantung, Teh Chai dan yang pasti dinanti-nantikan buah Durian yang akan disajikan pada setiap hari,” katanya.

Selain itu, Fadzly berkata, hidangan lain yang pastinya tidak dapat dilupakan adalah Kari Kepala Salmon Jawa, Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout dan Rendang Tok Perak.

Turut disajikan, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi.

Terdapat lebih daripada 200 menu hidangan berbuka puasa yang ditawarkan di Hotel Tenera Bangi.

Mengulas lanjut, Fadzly berkata, kesedapan menu-menu hidangan ini adalah hasil air tangan seorang Cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said iaitu Chef Eksekutif Hotel Tenera.

Beliau berkata, keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah melayakkan Hotel Tenera menerima anugerah berprestij ‘Best Ramadan Buffet’ untuk lima tahun berturut-turut bermula pada tahun 2019 daripada Gastronomy Association of Malaysia.

Hotel Tenera menawarkan harga tempahan awal atau ‘early bird’ pada harga RM98+ sahaja daripada harga asal RM158+/seorang untuk dewasa dan RM78+/seorang untuk kanak-kanak.

Sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur.

Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawikh.

Pihak hotel juga membawa wakil daripada Tahfiz Masjid Al-Hasanah, Bangi untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan.

Sedikit mengenai Hotel Tenera & Suites, hotel bertaraf lima bintang milik penuh Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad, KPF ini adalah berkonsepkan ‘Mesra Muslim’.

Antara yang menarik hotel ini mempunyai 502 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah Grand Ballroom yang boleh memuatkan seramai 1000 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk satu kolam yang berkonsepkan muslimah.

Hotel ini juga mempunyai dua restoran iaitu Restoran Saffron Brasserie dan Restoran Selasih Garden yang menyediakan Bufet Dim Sum Halal dan semestinya sedap dengan harga serendah RM58 seorang.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-89299600 atau whatsap 019-3854796/019-2331796.

Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook Hotel Tenera Bangi atau instagram (@hoteltenerabangi).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button