BERITA SEMASA

Bubur Lambuk satukan rakyat: lebih 700,000 bekas diedar serentak

KERTIH – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu menganjurkan Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025 di Dewan Sivik Kerteh, Terengganu, hari ini.

Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025 di Dewan Sivik Kerteh, Terengganu, hari ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program itu diadakan serentak di seluruh negara dengan lebih 700,000 bekas bubur lambuk diedarkan menerusi lebih 3,400 Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

“Program itu bukan sahaja menggerakkan warga KRT secara bersepadu, tetapi juga memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang, kaum dan agama.

“Aktiviti seperti ini melambangkan penyatuan rakyat Malaysia menerusi penyediaan bubur perpaduan dan berbuka puasa bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Negeri Terengganu kerana menjadi tuan rumah bagi penganjuran program peringkat kebangsaan tahun ini.

“Usaha sebegini diharap menjadi pemangkin kepada perpaduan yang menjadi tonggak keamanan, keharmonian dan kemakmuran negara,” katanya lagi.

Gotong-royong Program Gerak Rahmah: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025 di Dewan Sivik Kerteh, Terengganu, hari ini.

Program itu merupakan kali keempat dianjurkan dan terus menjadi platform menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menerusi aktiviti kemasyarakatan sepanjang Ramadan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button