Brad Pitt tuntut ganti rugi RM165 juta daripada Angelina Jolie
LOS ANGELES – Pelakon terkenal Hollywood, Brad Pitt dilaporkan menuntut ganti rugi berjumlah AS$35 juta (kira-kira RM165 juta) daripada bekas isterinya, Angelina Jolie, dalam saman pertikaian mengenai pemilikan ladang wain mewah, Château Miraval di Perancis.
Pertikaian tersebut melibatkan ladang wain yang dibeli bersama ketika mereka masih bergelar suami isteri, sebelum berpisah pada 2016.

Menurut laporan US Weekly, pasukan guaman Pitt telah memfailkan dokumen mahkamah pada 29 Oktober lalu.
Menurut dokumen itu, Pitt mendakwa, Jolie melanggar perjanjian bersama apabila menjual sahamnya kepada Tenute del Mondo, anak syarikat kumpulan wain Stoli, pada 2021 tanpa mendapatkan persetujuan beliau terlebih dahulu.
Pitt, yang terkenal menerusi filem Fight Club, menegaskan bahawa Jolie bertanggungjawab membayar ganti rugi atas kerugian ekonomi yang didakwa berpunca daripada tindakannya.
Setakat ini, kedua-dua bintang filem berprofil tinggi itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkembangan terbaru kes tersebut.
Pitt dan Jolie membeli Chateau Miraval pada 2011 dengan nilai sekitar AS$60 juta dan menjadikannya sebagai jenama wain mewah yang terkenal di seluruh dunia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






