BERITA SEMASA

Bot penumpang terlebih muatan ditahan Maritim Malaysia Selangor

PELABUHAN KLANG – Sebuah bot penumpang yang membawa muatan berlebihan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menerusi Op Ehsan/Op Tiris 3.0, semalam.

Bot yang dalam perjalanan dari Jeti Pelabuhan Klang ke Jeti Pulau Ketam itu dikesan membawa 40 penumpang dan ditahan pada pukul 5.30 petang di kedudukan 0.2 batu nautika selatan Tanjung Harapan.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan seorang nakhoda dan seorang kru, masing-masing berusia 23 dan 26 tahun.

“Jumlah penumpang yang dibawa melebihi had dibenarkan dan melanggar syarat lesen sah mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bot bersama nakhoda dan kru itu telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Maritim Malaysia memberi peringatan bahawa tindakan membawa penumpang melebihi kapasiti bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh membahayakan nyawa jika berlaku kecemasan di laut,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kejadian kecemasan di laut digesa menghubungi talian kecemasan 999, Pusat Operasi Maritim Selangor di 013-660 6652 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia di 03-8995 7820 untuk tindakan segera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button