BERITA SEMASA

Bot nelayan ceroboh kawasan larangan ditahan, lima warga Myanmar tidak miliki permit

LUMUT – Sebuah bot nelayan tempatan kelas C ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak selepas didapati melanggar syarat lesen dengan menjalankan aktiviti perikanan menggunakan pukat tunda di kawasan larangan.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, vesel terbabit dikesan kira-kira 7.4 batu nautika barat laut Pulau Buloh sekitar jam 5.00 petang semalam ketika leka menjalankan aktiviti perikanan.

“Hasil pemeriksaan mendapati tekong dan empat awak-awak warga Myanmar tidak memiliki permit sah dan dokumen pengenalan diri yang meragukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh kawasan larangan, serta Akta Imigresen 1959/63 berkaitan pendatang tanpa izin.

Turut dirampas ialah vesel, peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan untuk siasatan lanjut.

Shukri berkata, Maritim Malaysia akan terus memperkukuh penguatkuasaan bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman perairan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang pelanggaran undang-undang di laut diminta menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di 05-683 2254.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button