BERITA SEMASAPMX

Boleh kritik tapi mesti berteraskan fakta – PM Anwar

PUTRAJAYA – Kerajaan terbuka menerima kritikan namun pandangan mesti dibuat berasaskan fakta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berhubung peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kadar elektrik tidak mengalami kenaikan kecuali bagi pengguna dalam kumpulan 10 dan 15 peratus teratas.

“Apa yang dibangkitkan mengenai SST, saya lihat ada beberapa mahasiswa mengeluh katanya kadar elektrik naik.

“Saya tak faham apakah benar dia terkesan, umpamanya jika ada universiti mengenakan kadar elektrik bagi mahasiswa. Kalau benar, itu kita harus betulkan dan yang saya tahu universiti awam dikecualikan.

“Jadi hal-hal ini disebar kerana kebebasan itu jadi ruang fitnah, ruang maki hamun dan saya harap saudara saudari, adik-adik kita atau anak-anak kita tolong berikan fakta, saya tidak ada masalah orang menegur dan mengkritik,” katanya lagi.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button