
BN sedia kerjasama, sokong pembentukan kerajaan negeri Sabah baharu
KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) menegaskan kesediaannya untuk bekerjasama serta menyokong pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Setiausaha Agung BN, Dr. Zambry Abd Kadir berkata, langkah itu diambil bagi memastikan negeri Sabah terus berada dalam landasan kestabilan, kemakmuran dan pembangunan berterusan demi rakyat.
“PRN ini merupakan manifestasi proses demokrasi yang matang dan kami menerima keputusan rakyat dengan hati terbuka serta penuh hormat terhadap suara dan mandat mereka.
“BN merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada calon-calon BN pada PRN Sabah ke-17,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Selain itu katanya, BN turut merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh jentera parti dari seluruh pelosok negara yang bertungkus lumus sejak hari pertama kempen sehingga ke saat terakhir.
“Segala keringat, masa dan komitmen yang dicurahkan adalah lambang kesetiaan dan semangat perjuangan demi parti serta kepentingan rakyat,” katanya.
Dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke 17 Sabtu lalu, BN memenangi 6 kerusi daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.
Gabungan parti GRS memenangi pilihan raya kali ini memperoleh 29 kerusi manakala parti WARISAN menang sebanyak 25 kerusi sekaligus menjadi pembangkang terbesar diikuti BN, Perikatan Nasional (PN).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








