BERITA SEMASAHIBURAN

Bintang K-pop Malaysia teruja sertai PLKN 3.0

CYBERJAYA – Bintang K-pop kelahiran Malaysia, Isaac Woo nyata teruja apabila menyertai program Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0).

Anggota kumpulan SKYE (IN2IT) itu turut mengakui, penyertaannya dalam PLKN memenuhi impiannya menjalani latihan ketenteraan seperti rakan selebriti Korea Selatannya yang lain, lapor Kosmo.

“Saya gembira sangat dapat join PLKN 3.0 dan momen ini takkan saya lupakan. Memang dari dulu lagi teringin nak rasa macam mana jadi ‘abang askar’.

“Selama ini tengok kawan-kawan Korea masuk khidmat tentera. Kali ini saya sendiri rasa jadi askar Malaysia.

“Memang tak sangka dapat peluang pakai baju celoreng dan pegang senjata sebenar raifal M16 tapi jangan risau, saya bukan nak tukar profesion. Apa yang saya boleh cakap, PLKN 3.0 memang seronok! Rugi kalau anda tidak sertainya,” katanya.

Berdasarkan perkongsian Isaac di akaun Instagram miliknya, beliau menjalani latihan di Lapang Sasar Mawilla, Markas Wilayah Laut 1, Kuantan.

Isaac turut berkongsi video yang memaparkan beliau melakukanan aktiviti ketenteraan dan menembak menggunakan raifal M16.

Isaac merupakan antara selebriti tanah air yang mempromosikan program latihan terbabit.

Sebelum ini, antara selebriti lain yang turut serta adalah Fattah Amin, Diana Danielle, Syaidatul Afifah, Amira Othman serta beberapa pempengaruh media sosial yang lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button