BERITA SEMASA

Kerajaan teliti cadangan bina projek perumahan atas stesen kereta api

PETALING JAYA – Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk membangunkan projek perumahan di atas stesen kereta api.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas itu sedang diteliti dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana pelaksanaannya memerlukan beberapa pindaan peraturan.

“Maknanya, ia (projek perumahan rakyat) dibangunkan di atas (stesen kereta api). Perumahan komersial, tak semuanya perumahan rakyat tetapi sebahagiannya,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika bercakap di Forum Ilmuan Malaysia MADANI (FIM) siri 6, di sini malam tadi.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook turut berkata, kerajaan bakal memulakan satu peralihan dasar besar dengan memberi keutamaan kepada pembangunan perumahan mampu milik berhampiran stesen LRT dan MRT.

Katanya, kerajaan kini sedang berbincang dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk melaksanakan pelan tersebut.

“Ini satu perubahan besar dari segi dasar. Kalau dapat dilaksanakan, kita boleh kurangkan penggunaan kereta,” katanya kepada pemberita.

Menurutnya, pendekatan baharu itu termasuk menyemak semula keperluan tempat letak kereta dalam projek pembangunan berhampiran stesen rel, yang dapat mengurangkan kos kepada pemaju serta memberi manfaat kepada pembeli.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button