BERITA SEMASALUAR NEGARA

Bilik pelajar Malaysia di Mesir dipecah masuk, tiada kecederaan dilaporkan

JOHOR BAHRU – Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Mesir dipecah masuk awal pagi semalam ketika penghuni sedang tidur, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, kejadian dipercayai berlaku antara pukul 4 hingga 5 pagi waktu tempatan dan melibatkan beberapa bilik pelajar.

“Hanya wang tunai dilaporkan hilang dalam kejadian itu. Polis Mesir sudah hadir ke lokasi dan sedang menjalankan siasatan rapi.

“Pegawai Atas Pendidikan Johor dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah mengadakan pertemuan dengan pelajar dan kebajikan mereka akan dipastikan terjaga,” katanya dalam kenyataan di Facebook semalam.

Beliau menegaskan, kerajaan Johor mengarahkan agar aspek keselamatan bangunan dipertingkatkan dengan kerjasama pemilik premis bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Dalam masa sama, Mohd Fared meminta ibu bapa dan keluarga pelajar agar bertenang serta memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa Mesir untuk menjalankan siasatan.

“Pegawai Atas Pendidikan Johor di Mesir bersedia dihubungi untuk mengurus perkara ini dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button