Bilik mesyuarat BSJN IPD Tampin musnah dalam kebakaran
TAMPIN– Sebuah bilik mesyuarat di bangunan pentadbiran Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin, musnah dalam satu kejadian kebakaran malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 7.15 malam dan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
“Api dipercayai bermula di tingkat empat bangunan IPD dan disedari oleh anggota yang bertugas di pejabat pertanyaan trafik sebelum segera menghubungi pihak bomba.
“Pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 7.21 malam dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada pukul 8.10 malam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Jelasnya, pejabat yang terjejas adalah bilik mesyuarat dan ia musnah sepenuhnya akibat kebakaran itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






