
Bezza rosak tak sampai 8 jam, PERODUA tepis dakwaan tiada tindakan diambil
KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihaknya untuk menyelesaikan isu kereta keluarannya yang rosak tidak sampai lapan jam selepas digunakan.
Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, Rozman Jaafar berkata, pihaknya telah mengambil maklum mengenai isu itu sejak bulan Oktober lalu dan mengambil langkah sewajarnya.
Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan PERODUA hari ini:
Merujuk kepada aduan yang diterima daripada pelanggan kami mengenai kereta Perodua Bezza yang baru dibeli, kami ingin memaklumkan bahawa pihak Perodua sudah berkomunikasi dengan pelanggan terbabit sejak Oktober tahun lalu.
Sejak itu, kami telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu terbabit termasuklah dengan menawarkan kereta sementara untuk digunakan serta menawarkan pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan.
Perodua juga telah memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau dan kami juga ingin menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak syarikat untuk menyelesaikan isu ini.
Siasatan menyeluruh berhubung isu ini sedang dijalankan dan kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai.
Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |