BERITA SEMASAPMX

Bersatu lonjakkan negara ke tahap terbaik, bermaruah – PM Anwar

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia diseru supaya bersatu dalam memberikan komitmen bagi melonjakkan negara ke tahap terbaik dan bermaruah.
Dalam perutusan khas sempena Aidilfitri 2024/1445H esok, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara tidak boleh menyisihkan atau memusuhi mana-mana kelompok serta kaum sama ada majoriti mahupun minoriti atas apa jua alasan.
Bagaimanapun, katanya, kerangka pembinaan bangsa itu bukan alasan untuk meremehkan kepentingan Islam sebagai agama Persekutuan dan meningkatkan pelaksanaan syariah di negara ini.
“Malah kita harus tegas, pasti dan tidak kelihatan bertolak ansur dalam kesungguhan kita memupuk nilai dan membina negara yang bermaruah.
“Namun jangan kita anggap ini sebagai suatu sijil, peluang untuk meremehkan, menghina atau merosakkan kaedah budaya dan cara hidup orang lain. Inilah perimbangan, keseimbangan yang perlu dipertahankan dalam semangat kita di Malaysia merayakan Hari Raya Aidilfitri Mubarak ini,” katanya.
Perutusan khas itu disiarkan menerusi saluran televisyen tempatan, malam ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button